Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – BUILD 2017, Windows 10, Astro NJOI NOW

Microsoft pada minggu ini telah mengadakan acara BUILD 2017, dimana mereka berkongsi sejumlah perkara mengenai Windows 10 – termasuk pengenalan antaramuka baru yang dinamakan sebagai Fluent Design.

Microsoft juga pada acara sama berkongsi mengenai kemaskini Windows 10 akan datang yang dikenali sebagai “Fall Creators Update”, selain bakal hadir dengan sebuah perisian baru yang dinamakan Story Remix. Microsoft turut mengumumkan sejumlah perisian baru akan hadir ke Windows Store, termasuk iTunes, Ubuntu, Fedora dan sebagainya.

Di Malaysia, Astro telah mengumumkan penawaran NJOI Now – iaitu perkhidmatan penstriman video percuma di Android dan juga iOS. Selain Astro, Media Prima turut mencuri perhatian dengan pengambil-alihan Rev Asia yang mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena penerbitan digital.

Qualcomm pula pada minggu ini telah memperkenalkan dua cip pemprosesan baru dengan spesifikasi pertengahan, iaitu Snapdragon 660 dan Snapdragon 630.

Instagram kini turut menawarkan sokongan memuat-naik gambar melalui mobile-web, sementara Waze pula membolehkan pengguna menggunakan suara tersendiri untuk navigasi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – BUILD 2017, Windows 10, Astro NJOI NOW"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info