Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Menjadualkan Pengumuman Media Pada 23 Mei – Surface Baru Akan Datang?

Microsoft nampaknya sedikit sibuk pada bulan Mei 2017 ini. Selepas memperkenalkan Windows 10 S pada minggu ini, gergasi perkomputeran berkenaan akan mengadakan acara BUILD pada 10 Mei ini, dan tidak ketinggalan adalah sebuah acara baru di Shanghai pada 23 Mei kelak.

Microsoft mengatakan mereka akan memperlihatkan kepada dunia, apakah seterusnya daripada mereka pada 23 Mei ini di Shanghai. Walaupun tidak dinyatakan oleh Microsoft pada halaman rasmi web acara berkenaan, tetapi mereka dilihat akan membuat pengumuman berkaitan dengan Surface ketika itu.

Jikalau melihat akhir-akhir ini, kita sedia melihat beberapa informasi berkaitan Surface Pro 5 tertiris ke arena web. Mungkinkah kita akan melihat ia diumumkan pada penghujung bulan ini pada acara berkenaan?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Menjadualkan Pengumuman Media Pada 23 Mei – Surface Baru Akan Datang?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info