Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lyft Dan Waymo Bekerjasama Untuk Membangunkan Teknologi Kereta Autonomi

Teknologi kereta autonomi, ataupun kereta pandu sendiri nampaknya sedia berkembang dengan lebih pesat lagi, kerana syarikat rangkaian pengangkutan dari San Francisco, Lyft baru sahaja mengumumkan kerjasama bersama-sama syarikat teknologi pengangkutan autonomi Waymo untuk membangunkan teknologi kereta autonomi.

Menurut jurucakap Lyft, kerjasama bersama Waymo ini penting untuk merealisasikan matlamat Lyft untuk menaiktarafkan servis pengangkutan mereka dengan kenderaan autonomi pada 2021.

Idea untuk membina angkatan kenderaan yang memandu dengan diri sendiri ini bukanlah sesuatu yang baru buat Lyft. Pada tahun 2015, General Motors telah menyumbang $500,000 (RM2.16 juta) kepada Lyft untuk memulakan R&D, dan percakapan tentang kerjasama diantara Lyft dan Waymo ini telahpun bermula dari tahun lepas.

Buat masa sekarang, kedua-dua syarikat ini masih lagi belum memberi sebarang butiran mengenai apa yang mereka akan lakukan bersama, tetapi ia pastinya berkaitan mengenai perisian autonomi yang akan digunakan dalam kereta-kereta autonomi tersebut.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lyft Dan Waymo Bekerjasama Untuk Membangunkan Teknologi Kereta Autonomi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info