Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Konsep) Elbow – Pemain Kaset Kompak Mudah Alih

Bagi mereka yang membesar di dekad 90an, pemain kaset Walkman ialah peranti yang harus dimiliki. Ia adalah iPod untuk generasi tersebut. Tetapi kita kini di tahun 2017 dan amat sukar untuk mencari Walkman apatah lagi kedai yang masih menjual kaset. Koleksi kaset yang kami miliki juga kini mengumpul debu kerana tiada pemain kaset di rumah. Oleh itu kami amat tertarik dengan konsep pemain kaset Elbow di bawah.

Elbow ialah konsep pemain kaset kompak yang dihasilkan oleh Brainmonk. Pemain kaset minimalis ini cuba mengembalikan semua era pemain kaset mudah alih untuk generasi baru. Sekiranya piring hitam boleh hidup semula sejak lima tahun kebelakangan ini, mengapa pita kaset tidak boleh melakukan perkara yang sama. Elbow dipasang terus pada tubuh kaset dan dilengkapi bicu audio 3.5mm.

Ia boleh dicas semula menggunakan MiniUSB dan pengguna mengawal kelajuan menerusi tombol pada bahagian hadapan. Buat masa ini Elbow masih lagi sebuah konsep tetapi pihak Brainmonk sedang melakukan pungutan suara untuk melihat sama ada wujud permintaan untuk menjadikannya realiti.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Konsep) Elbow – Pemain Kaset Kompak Mudah Alih"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info