Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jualan Peranti Samsung Menjunam 60% Di Pasaran China Pada Suku Pertama 2017

Sering kami laporkan jualan peranti Apple mengalami penurunan di pasaran China. Yang jarang kami laporkan ialah angka jualan pesaing terhampir Apple iaitu Samsung di China. Menurut laporan Counterpoint Research, jualan peranti Samsung di China mengalami penyusutan yang lebih besar berbanding Apple pada suku pertama 2017.

Berbanding suku yang sama 2016, jualan peranti Samsung menjunam 60%. Ini adalah jauh lebih besar berbanding yang dialami oleh Xiaomi (34%) dan Apple (15%). Pada suku yang lalu Oppo mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 81% diikuti oleh Vivo (60%) dan Huawei (25%).

Pada suku yang lalu Huawei mempunyai pegangan pasaran terbesar dengan 19.7% diikuti oleh Oppo (17.5%), Vivo (17.1%), Apple (10.1), Xiaomi (8.0%) dan Samsung (3.3%). Sungguhpun begitu, di dalam segmen peranti premium Apple masih mendominasi pasaran dengan keempat-empat model iPhone 7 mengambil empat kedudukan teratas.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jualan Peranti Samsung Menjunam 60% Di Pasaran China Pada Suku Pertama 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info