Sembang Maniac

Sembang-sembang je

JBK Hackathon Bakal Diadakan Pada 20-21 Mei – Jom Daftar Sekarang!

Jom Belajar Koding merupakan salah satu aktiviti yang telah dijalankan pada tahun lepas, dimana melalui jelajah dibeberapa negeri, sesiapa sahaja boleh hadir dan pelajari asas pengaturcaraan dan pembangunan web. Kini, untuk acara kemuncaknya, JBK Hackathon bakal diadakan pada 20 dan 21 Mei 2017 ini di Cyberjaya.

JBK Jom Belajar Koding

Acara kemuncak ini bakal menyaksikan pelajar daripada pelbagai negeri hadir dan mereka cipta aplikasi dalam masa 24 jam, selain turut mengadakan acara tambahan lain seperti Makmal Idea dan juga Pamer Sisi.

Makmal Idea adalah sesi perkongsian idea ala Ted Talk bersama tokoh-tokoh teknologi maklumat tempatan, sementara Pamer Sisi adalah aktiviti pameran daripada lebih 20 syarikat dan startup tempatan.

Seperti biasa, acara ini diadakan secara percuma, dan sesiapa sahaja boleh hadir dan menyertainya. Selain menambah ilmu dan pandangan daripada pelbagai tokoh IT tempatan, pengguna juga pada masa yang sama boleh memperluaskan kenalan dan rakan-rakan dalam industri pembangunan teknologi ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar di laman JBK hari ini secara percuma!.

Layari : JBK Hackathon



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "JBK Hackathon Bakal Diadakan Pada 20-21 Mei – Jom Daftar Sekarang!"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info