Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Mengurangkan Harga Jualan Huawei P9, Mate 9 Dan Mate 9 Pro

Dengan musim perayaan dalam beberapa bulan lagi, kini Huawei dilihat mengorak langkah awal, dan mengumumkan potongan harga jualan untuk tiga peranti utama mereka sepanjang 2016 yang lepas, iaitu Huawei P9, Huaei Mate 9 dan juga Huawei Mate 9 Pro.

Huawei P9 kini membawakan tanda harga RM1799 (sebelum ini RM2099), Huawei Mate 9 pada harga RM2499 (sebelum ini RM2699), sementara Huawei Mate 9 Pro pula pada harga RM3299 (sebelum ini RM3399).

Huawei P9 Diskaun

Seperti ramai sedia maklum, kedua-dua siri peranti ini adalah antara yang terawal menggunakan kamera Leica pada bahagian belakang, malah menjadi antara peranti yang terjual dengan banyaknya pada tahun 2017 lepas.

Bersama-sama pengumuman potongan harga ini, Huawei Malaysia turut mengumumkan yang mana mereka telah mula menawarkan Huawei P10 Plus dalam pilihan warna hijau dan biru di Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Mengurangkan Harga Jualan Huawei P9, Mate 9 Dan Mate 9 Pro"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info