Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC U11 Akan Ke Malaysia Pada Bulan Jun, Berharga RM2999

HTC U11 dilancarkan secara rasmi di Taiwan hari ini. Peranti utama ini mempunyai fungsi unik Edge Sense yang mengesan tekanan apabila digenggam. Ini menjadikannya sebagai telefon pintar pertama dengan fungsi seumpama ini. Di Malaysia kami dimaklumkan HTC U11 menyasarkan tarikh jualannya pada minggu kedua bulan Jun akan datang.

Buat masa ini HTC hanya akan menawarkan model dengan memori 6 Gigabyte dan storan 128 Gigabyte. Dari segi pilihan warna pula tiga sahaja ditawarkan terlebih dahulu iaitu hitam. biru dan perak. Dua lagi pilihan warna iaitu merah dan putih hanya akan dibawa masuk sekiranya mempunyai minat dari pengguna. Dari segi harga pula sekali lagi kami dimaklumkan ia akan dijual pada harga setanding dengan U Ultra Sapphire Edition iaitu RM 2999.

Jadi, dengan harga penawaran ini, adakah anda akan mendapatkan telefon HTC U11 ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC U11 Akan Ke Malaysia Pada Bulan Jun, Berharga RM2999"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info