Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC U11 Akan Dilengkapi Pembantu Maya Google Assistant Dan Alexa

Pembantu maya kini semakin popular kerana ia semakin pintar dalam mempelajari tabiat pengguna. Google Assistant dan Alexa ialah dua pembantu maya dengan kecerdasan buatan di pasaran sekarang. Selalunya pada peranti Android hanya satu pembantu maya disertakan. Dengan U11, HTC mahu melakukan perubahan dengan menyokong dua pembantu maya Google Assistant dan Alexa secara serentak.

Ketika pelancaran hanya Google Assistant akan disertakan secara terbina. Tetapi pada bulan Julai hadapan, kemaskini akan diberikan bagi memberikan sokongan dwi-pembantu maya pada peranti ini. Menurut HTC, Alexa dan Google Assistant mempunyai kekuatan yang berbeza. Google Assistant lebih bijak dalam pengintegrasian Google Services dan pemetaan manakala Alexa dalam membeli belah. Dengan dua pembantu maya di dalam satu peranti, pengguna tidak lagi perlu memilih yang mana perlu digunakan.

Walaubagaimanapun, penawaran Alexa akan bergantung kepada sokongan sedia ada di beberapa buah negara sahaja. Ini bermakna, kita mungkin tidak akan dapat melihat Alexa di Malaysia ketika pelancaran peranti ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC U11 Akan Dilengkapi Pembantu Maya Google Assistant Dan Alexa"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info