Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC U Ultra Sapphire Edition Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM2999

HTC Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan penurunan harga jualan untuk HTC U Ultra, dan kini, selain daripadanya, HTC Malaysia juga dilihat telah mula menawarkan satu lagi versi khusus peranti berkenaan, iaitu yang dinamakan sebagai HTC U Ultra “Sapphire Edition”.

Secara keseluruhan, telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi yang lebih kurang sama, iaitu skrin bersaiz 5.7-inci dengan resolusi 2K, cip Snapdragon 821, dan juga kamera hadapan 16-megapixel.

Membezakannya dengan versi biasa HTC U Ultra, adalah dimana ia kini menggunakan skrin kaca nilam (sapphire), selain menawarkan ruangan storan bersaiz 128GB.

Di Malaysia, HTC dilihat menawarkan ia pada harga RM2999 – penambahan RM400 berbanding versi biasa yang hadir dengan storan 64GB.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC U Ultra Sapphire Edition Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM2999"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info