Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Garena Dijenamakan Semula Sebagai SEA

GarenaGarena, salah satu syarikat internet dengan nilai yang tinggi di Asia Tenggara, kini telah menjenamakan semula syarikat mereka sebagai Sea Ltd. Dengan perubahan ini, ia dilihat syarikat internet ini akan lebih memfokuskan kepada rantau Asia Tenggara berbanding sebelum ini.

Syarikat yang berusia selama 8 tahun ini telah menerima suntikan dana daripada pelbagai syarikat, termasuk Tencent dan juga Khazanah.

SEA sedia mempunyai penawaran dalam arena pembelian atas-talian dan juga permainan. Dengan persaingan di rantau ini semakin meningkat dari hari ke hari, SEA turut tidak ingin ketinggalan. Selain daripada itu, mereka juga ingin memfokuskan ke pasaran Indonesia – yang mana dilihat tidak disertai ramai syarikat lain.

Buat masa ini, di rantau Asia Tenggara, Alibaba sedia membuat pelaburan tinggi termasuk melalui Lazada – sementara JD dikatakan ingin membuat pelaburan pada Tokopedia di Indonesia.

Bersama perubahan nama baru, Sea turut menerima suntikan dana $550 juta – yang akan digunakan untuk mempromosikan Shopee di Indonesia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Garena Dijenamakan Semula Sebagai SEA"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info