Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Membawa Sokongan “Reactions” Pada Bahagian Komen

Facebook Reactions adalah penggunaan beberapa emoji untuk menyampaikan sesuatu maklumbalas dengan mudah, dan bukannya sekadar menggunakan butang “Like” sahaja. Ia diposisikan pada bahagian “Like”, tetapi pengguna akan diberikan dengan pilihan beberapa emoji lain seperti ketawa, marah dan sebagainya selepas seketika.

Facebook Reactions

Fungsi ini sebelum ini telah ditawarkan pada bahagian perkongsian status, dan kini laman sosial gergasi berkenaan turut mengintegrasikan ciri sama pada ruangan komen di Facebook.

Kini, selain hanya memilih untuk “Like” komen seseorang, anda juga boleh memaparkan reaksi berbeza melalui emoji khusus ini.

Daripada pengamatan kami, kebanyakkan pengguna tempatan telah menerimanya, dan ia seperti memberikan peningkatan lagi pada kadar interaksi di laman sosial berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Membawa Sokongan “Reactions” Pada Bahagian Komen"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info