Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Dilaporkan Bakal Menawarkan Rancangan Video Seperti Pada TV

Facebook akhir-akhir ini dilihat lebih memfokuskan kepada kandungan video mereka, termausk telah melancarkan aplikasi khusus untuk televisyen. Terkini, laporan baru hadir mengatakan Facebook akan hadir dengan rancangan video khusus seumpama televisyen yang eksklusif untuk platform mereka.

Ia dikatakan Facebook mungkin hadir dengan sekitar 24 rancangan untuk diterbitkan, dimana ia akan dibahagikan kepada beberapa penawaran – termasuk yang pendek sekitar 5 minit, sehingga rancangan panjang penuh seumpama di televisyen.

Melalui langkah ini, Facebook dijangka akan menarik pengiklan untuk kaca televisyen hadir ke platform mereka – sekaligus membolehkan Facebook menjana pendapatan lebih tinggi melalui pengiklanan.

Ia tidak diketahui sama ada penawaran kandungan ini adalah untuk pengguna global, atau hanya khusus untuk Amerika Syarikat.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan sebulan dua lagi untuk melihat apakah penawaran pihak Facebook.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Dilaporkan Bakal Menawarkan Rancangan Video Seperti Pada TV"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info