Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Akan Menambah 3000 Moderator Bagi Memadam Kandungan Video Pembunuhan

Platform Facebook Live dicipta sebagai pesaing kepada platform penstriman langsung lain seperti YouTube. Ia amat popular di kalangan pengguna kerana membolehkan majlis pernikahan, hari jadi dan graduasi ditonton ahli keluarga yang gagal hadir. Tetapi setiap yang baik pasti akan ada yang akan menjadikannya buruk. Facebook Live sejak akhir-akhir ini menjadi platform penstriman pembunuhan dan membunuh diri.

Terkini seorang bapa di Thailand membunuh anak beliau dan menstrimnya menggunakan Facebook Live. Bagi menangani masalah ini, Facebook akan menambah 3000 lagi moderator bagi menapis kandungan selepas laporan diterima. Seramai 4500 moderator sedia ada tidak mampu melakukan tugas dengan pantas menyebabkan video pembunuhan kekal di laman sehingga melebihi 24 jam.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Akan Menambah 3000 Moderator Bagi Memadam Kandungan Video Pembunuhan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info