Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Celcom Mengumumkan Pelan Xpax KAWKAW Squad – 50% Lebih Data Khas Untuk Pelajar

Semasa masih di kolej kami sering berkira jumlah wang yang dibelanjakan. Mee segera dan nasi bungkus menjadi makanan ruji kerana ia paling mampu milik bagi seorang pelajar yang kekurangan dana. Tetapi zaman kami di kolej dahulu tiada telefon pintar yang memerlukan pelan data yang mahal. Kini pelan data adalah perlu bagi seorang pelajar dan menambah lagi kos sara diri bulanan.

Oleh itu pihak Celcom mengumumkan pelan baru Xpax KAWKAW Squad. Melalui KAWKAW Squad pengguna akan menerima 50% lebih dari berbanding pelan Xpax #NoKelentong mereka sebelum ini. Dengan bayaran RM30 sebulan pelanggan KAWKAW Squad akan menerima kuota 7.5 GB data. Bayaran RM50 sebulan pula memberikan kuota data 15 GB.

Hanya rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke bawah boleh melanggan pelan KAWKAW Squad ini. Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat. sila layari laman Celcom.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Celcom Mengumumkan Pelan Xpax KAWKAW Squad – 50% Lebih Data Khas Untuk Pelajar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info