Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Celcom Mengumumkan EasyPhone – Pelan Ansuran Mudah Untuk Membeli Telefon Baru

Bersempena dengan pelancaran siri telefon pintar terbaru Samsung Galaxy S8 dan S8+ hari ini, syarikat telekomunikasi Celcom juga baru sahaja mengumumkan pelan pembelian peranti terbaru mereka yang dinamakan Celcom EasyPhone.

Pelan ini membenarkan para pelanggan Celcom untuk membeli peranti-peranti mudah-alih yang terbaru tanpa perlu membayar wang pendahuluan kepada pihak Celcom. Pelanggan yang menggunakan pelan Celcom First layak untuk pelan ansuran ini, yang akan berterusan selama 24 bulan.

Dengan menggunakan peranti Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ sebagai contoh, anda boleh membeli kedua-dua peranti ini secara terus dari kedai Celcom Blue Cube.

Bagi pelanggan Celcom First, anda hanya perlu membayar RM145 sebulan untuk peranti Samsung Galaxy S8, dan untuk Samsung Galaxy S8+ pula, anda hanya perlu membayar RM165 sebulan.

Jika anda risau tentang keselamatan peranti pintar anda, Celcom juga hadir dengan pelan insurans peranti tambahan Device Protection, dimana pihak Celcom akan menggantikan peranti anda jika ia dicuri, ataupun rosak akibat jatuh, tercalar dan sebagainya sepanjang masa anda berada dibawah pelan Celcom EasyPhone ini untuk RM30 sebulan.

Jika anda mahu membayar habis sekaligus untuk peranti-peranti terbaru daripada Celcom ini, syarikat tersebut juga memberi anda pilihan tersebut. Jika anda seorang pengguna Celcom First Gold Plus, peranti Samsung Galaxy S8 boleh dibeli untuk harga RM2478, manakala peranti Samsung Galaxy S8+ pula boleh dibeli pada harga RM2808.

Untuk pelanggan Celcom First Platinumdengan pula, peranti Samsung Galaxy S8 berharga RM2168, manakala Samsung Galaxy S8+ berharga RM2498. Menurut pihak Celcom, pelan ansuran Celcom EasyPhone ini akan bermula pada hari esok (5 Mei 2017).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Celcom Mengumumkan EasyPhone – Pelan Ansuran Mudah Untuk Membeli Telefon Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info