Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ABM : Sebaran Gangguan Perkhidmatan Perbankan Kerana Ransomware Di Laman Sosial Adalah Palsu

Sepanjang hari ini, mungkin ada di antara anda yang menerima mesej melalui WhatsApp, Facebook dan sebagainya mengatakan ia adalah bahaya menggunakan perkhidmatan perbankan ATM mahupun secara atas-talian disebabkan oleh ransomware WannaCrypt. Bercakap mengenainya, pihak ABM (Association of Banks in Malaysia) mengumumkan hal ini adalah palsu.

ABM mengatakan semua perkhidmatan beroperasi seperti biasa buat masa ini. Walaupun mungkin terdapat beberapa ATM yang tidak berfungsi, ia adalah kerana penyelenggaraan yang biasa, dan bukannya gangguan disebabkan oleh ransomware seperti yang tersebar di laman-laman sosial.

Ia turut ditekankan yang mana semua bank komersial mengambil sekuriti sebagai salah satu perkara utama, dan sentiasa mengatasi pelbagai risiko berkaitan.

Sepanjang minggu ini, salah satu ransomware yang hangat diperkatakan dan menyerang sejumlah besar komputer diseluruh dunia adalah WannaCrypt. Ransomware ini menyerang dan membuatkan komputer pengguna tidak boleh digunakan sehinggalah membayar sejumlah tebusan – sebelum dapat mengakses dan menggunakan fail serta dokumen didalamnya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ABM : Sebaran Gangguan Perkhidmatan Perbankan Kerana Ransomware Di Laman Sosial Adalah Palsu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info