Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Yi Technology Hadir Dengan Kamera Rakaman 360-darjah Profesional, Yi Halo

Yi Technology merupakan salah satu syarikat yang disokong oleh Xiaomi, malah telah memperkenalkan beberapa produk kamera mereka sebelum ini. Hari ini, Yi Technology bersama Google turut memperkenalkan sebuah kamera rakaman 360-darjah untuk realiti-maya bagi tujuan profesional, dinamakan sebagai Yi Halo.

Yi Halo

Yi Halo ini hadir bersama sokongan teknologi Jump yang telah diperkenalkan oleh Google sebelum ini dalam mempermudahkan penghasilan kandungan realiti-maya. Google menyediakan rangka pembangunan kamera, dan sebarang pengeluar boleh hadir dan menawarkan produk mereka dibawah Jump ini.

Yi Halo ini hadir dengan gabungan sekitar 17 kamera yang disusun mengelilinginya, membolehkan penguna merakamkan video 360-darjah pada resolusi 8K menggunakannya.

Penawaran kamera ini menyasarkan kumpulan profesional, termasuk mereka yang ingin merakamkan video untuk filem dan sebagainya. Yi Halo ini akan dijual pada harga mencapai $17,000, iaitu sekitar RM75,000.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Yi Technology Hadir Dengan Kamera Rakaman 360-darjah Profesional, Yi Halo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info