Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Variasi Samsung Galaxy S8+ 6GB RAM Bersama-Sama Samsung DeX Ditawarkan Di Korea Selatan

Samsung ketika pengenalan hanya memperkenalkan satu variasi storan dan memori sahaja untuk Galaxy S8 dan juga Galaxy S8+, iaitu menggunakan memori 4GB RAM dan juga ruangan storan 64GB. Walaubagaimanapun, untuk pasaran di Korea Selatan dan juga China, Samsung dilihat mempunyai penawaran khusus dengan memori dan storan lebih besar.

Daripada apa yang ditawarkan, ia dilihat Samsung menawarkan Galaxy S8+ yang menggunakan memori 6GB RAM dan ruangan storan sehingga 128GB di negara Korea Selatan dan juga China. Di Korea Selatan, peranti dengan penawaran spesifikasi ini ditawarkan pada harga $1020, iaitu sekitar RM4500, tetapi hadir bersama Samsung DeX. Dengan penawaran ini, mungkin ia lebih selari untuk mereka yang ingin menggunakan Galaxy S8+ bersama-sama Samsung DeX, sekaligus menawarkan pengalaman yang lebih lancar lagi.

Walaubagaimanapun, di Malaysia, hanya variasi 4GB RAM dan ruangan storan 64GB yang ditawarkan buat masa ini, dimana pra-tempahan boleh dilakukan bermula minggu hadapan. Galaxy S8 ditawarkan pada harga RM3299, sementara Galaxy S8+ pula ditawarkan pada harga RM3699.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Variasi Samsung Galaxy S8+ 6GB RAM Bersama-Sama Samsung DeX Ditawarkan Di Korea Selatan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info