Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Pengimbas Jari Terbina Terbina Pada Skrin Untuk iPhone 8 Mengalami Masalah

Beberapa ura-ura yang didengari sebelum ini ialah “iPhone 8” akan dijenamakan sebagai iPhone Edition. Peranti edisi ulang tahun  ke-10 iPhone ini akan mempunyai beberapa fungsi unik yang tidak ditemui pada iPhone 7S yang dikatakan akan dilancarkan September hadapan. Antaranya ialah penggunaan skrin OLED pada keseluruhan permukaan skrin hadapan. Oleh itu sistem imbasan cap jari terbina pada skrin akan digunakan bagi menggantikan sistem sedia ada.

Laporan dari Apple Insider mengatakan pihak Apple mengalami masalah untuk menghasilkan sistem imbasan jari terbina pada skrin ini. Tidak seperti Samsung, Apple dipercayai menggunakan sistem AuthenTec yang dicipta oleh mereka sendiri. Kadar penghasilan sistem ini adalah terlalu perlahan dan sukar untuk diintegrasikan pada skrin peranti. Ini mungkin mengakibatkan iPhone 8/Edition ditangguhkan kerana mengubah kedudukan pengimbas ke belakang seperti Samsung Galaxy S8 dianggap sebagai kurang mesra pengguna.

Dari pelancaran produk-produk Apple sebelum ini, mereka mempunyai kebarangkalian lebih tinggi menangguhkan produk dari melancarkan peranti yang belum sedia untuk dijual. Adakah anda sanggup menanti lebih lama untuk iPhone Edition?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Pengimbas Jari Terbina Terbina Pada Skrin Untuk iPhone 8 Mengalami Masalah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info