Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Menawarkan Rebat RM 200 Pada Galaxy J5 Prime Dan J7 Prime Dengan Pertukaran Peranti Lama

Peranti Samsung J5 Prime dan J7 Prime sudah ditawarkan di Malaysia sejak penghujung tahun lalu. Hari ini pihak Samsung mengumumkan penawaran rebat sebanyak RM200 kepada pelanggan yang ingin memiliki peranti-peranti ini apabila mereka menyerahkan peranti lama mereka. Tawaran ini boleh ditebus menerusi Samsung Experience Store yang terpilih bermula hari ini.

Samsung Galaxy J5 PrimeSamsung Galaxy J7 Prime hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada paparan HD penuh, dijana menggunakan cip pemprosesan lapan-teras 1.6Ghz, memori sehingga 3GB RAM, toran 32GB , kamera utama 13-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel. Ia dijual pada hara RM 999 selepas rebat.

Samsung J5 Prime  pula hadir dengan skrin bersaiz 5-inci pada resolusi HD, dijana menggunakan cip empat-teras 1.4GHz, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera utama 13-megapixel F/1.9 dan juga kamera hadapan 5.0-megapixel F/2.2. Ia dijual pada harga RM 699 selepas rebat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Menawarkan Rebat RM 200 Pada Galaxy J5 Prime Dan J7 Prime Dengan Pertukaran Peranti Lama"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info