Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Qualcomm Membalas Dengan Memfailkan Saman Kembali Ke Atas Apple

Qualcomm merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dalam arena pengeluaran cip pemprosesan dan juga untuk modem peranti mudah-alih. Pada awal tahun ini, Apple membuat kejutan dengan memfailkan saman ke atas Qualcomm sebanyak $1 bilion, disebabkan kes berkaitan royalti.

Selepas itu, Qualcomm telah mengatakan tuduhan Apple adalah tidak berasas, dan hari ini mereka membuat tindakan balas, dan telah memfailkan saman kembali ke atas pihak Apple.

Menurut Qualcomm, Apple telah melanggar perjanjian mereka, selain turut menyerang syarikat mereka melalui beberapa organisasi dengan menyediakan informasi yang tidak tepat. Selain daripada itu, Apple turut dikatakan tidak mengeluarkan laporan prestasi yang betul untuk iPhone 7 dengan cip Qualcomm, selain mengugut Qualcomm supaya tidak membuat perbandingan penggunaan cip Qualcomm pada iPhone dan dengan cip pesaing.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Qualcomm Membalas Dengan Memfailkan Saman Kembali Ke Atas Apple"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info