Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nintendo Akan Melancarkan Joy-Con Bewarna Kuning Neon Dan Pek Bateri Tambahan

Nintendo Switch mungkin bukanlah konsol yang paling berkuasa generasi ini. Sungguhpun begitu sambutan dari peminat terhadap konsol mudah alih ini amat memberangsangkan sehingga Nintendo terpaksa meningkatkan produksi. Pada hari pelancaran hanya tiga pilihan warna Joy-Con ditawarkan. Sempena pelancaran permainan video Arms 16 Jun hadapan, Joy-Con akan ditawarkan dalam warna kuning neon.

Pada waktu yang sama mereka turut menawarkan pek bateri tambahan untuk Joy-Con. Pek bateri ini menggunakan dua bateri bersaiz AA untuk menambah hayat bateri sehingga 20 jam. Apabila dimainkan di dalam mod mudah alih, pek bateri ini pastinya berguna. Harga jualan untuk pek bateri ini masih belum diumumkan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nintendo Akan Melancarkan Joy-Con Bewarna Kuning Neon Dan Pek Bateri Tambahan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info