Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Neuralink Berhasrat Ingin Membawa Kepada Komunikasi Telepati Melalui Minda

Sekitar sebulan yang lepas, kita telah mendengar laporan awal mengenai syarikat baru milik Elon Musk yang ingin menghubungkan otak manusia kepada komputer. Kini, perkara berkenaan disahkan, dan dikongsikan lanjut oleh pihak Elon Musk bersama pihak Wait But Why.

Daripada apa yang dilihat, melalui Neuralink, Elon Musk ingin manusia kekal kompetitif dan setapak dihadapan berbanding dengan komputer – apatah lagi pada era kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin pada hari ini.

Untuk menjayakannya, sebuah implan kecil akan dipasang pada otak manusia, dan teknologi ini dikenali dengan nama neural lace.

Daripada perkongsian, dalam tempoh empat tahun akan datang, Elon Musk berharap melalui Neuralink mereka ingin membantu mereka yang mempunyai kekurangan upaya – terutamanya disebabkan oleh penyakit yang menyebabkan kecederaan pada otak, seperti strok dan sebagainya.

Dan dalam tempoh 8 ke sepuluh tahun, Neuralink ingin membantu pengguna biasa untuk menggunakannya dan melakukan beberapa perkara. Sejumlah contoh dikongsikan, termasuk seperti memainkan piano melalui kawalan minda, ataupun memandu kenderaan. Ia dikatakan ketika memandu pada masa kini, minda kita akan melihat beberapa perkara terlebih dahulu sebelum badan kita dapat melakukan reaksi kawalan yang sepatutnya. Sekiranya kelak minda kita yang mengawal pemanduan, maka tidak mustahil pelbagai perkara dapat dielak melaluinya.

Neuralink juga pada masa yang sama dilihat menyasarkan untuk membolehkan manusia berkomunikasi antara satu sama lain melalui minda seperti telepati, sekaligus memudahkan lagi proses komunikasi antara satu sama lain.

Seperti biasa, bukan Elon Musk sahaja yang berminat dengan teknologi antaramuka untuk minda ini, tetapi juga terdapat beberapa syarikat lain yang turut memfokuskan kepadanya – termasuk Facebook. Baru-baru ini, syarikat laman sosial berkenaan telah memperlihatkan kebolehan menaip terus melalui kawalan minda.

Perkembangan ini semestinya menarik minat mereka yang menyukai arena teknologi dan sains. Dengan Elon Musk sendiri yang menyertai arena ini, ia menjadikan persaingan dalam arena antaramuka minda ini lebih kompetitif. Elon Musk sedia popular dengan penawaran kenderaan elektrik dan juga eksplorasi angkasa sebelum ini. Mungkinkah kita akan melihat beliau terus mendahului yang lain melalui Neuralink?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Neuralink Berhasrat Ingin Membawa Kepada Komunikasi Telepati Melalui Minda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info