Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Memori DDR5 RAM Akan Datang Dijangka Menawarkan Peningkatan Berganda Berbanding DDR4

Bagi anda yang sering menaik-taraf komponen PC atau membina komputer tersendiri, semestinya tidak ingin ketinggalan dalam menggunakan penawaran terbaru perkakasan di pasaran. Terkini, JEDEC, badan disebalik piawaian untuk memori komputer dijangka akan mempertontonkan piawaian DDR5 sekitar bulan Jun tahun ini, dan menawarkan piawaian akhir sekitar 2018 kelak.

Buat masa ini, penawaran penuh memori DDR5 masih tidak diketahui lagi. Namun, ia dikatakan bakal menawarkan bandwidth memori berganda berbanding DDR4 sebelum ini, selain lebih efisyen dalam penggunaan tenaga.

Walaupun piawaian untuknya diumumkan seawal 2018 kelak, namun penawaran ia untuk pengguna dan penggunaan secara meluas mungkin mengambil masa beberapa tahun. Sebelum ini, DDR4 diumumkan sekitar 2012 yang lepas, tetapi hanya popular sekitar 3 ke 4 tahun selepas itu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Memori DDR5 RAM Akan Datang Dijangka Menawarkan Peningkatan Berganda Berbanding DDR4"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info