Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LinkedIn Yang Dimiliki Oleh Microsoft, Kini Mempunyai Lebih 500 Juta Pengguna

Microsoft telah mengambil-alih salah satu laman sosial profesional terkemuka, iaitu LinkedIn sebelum ini. Hari ini, perkhidmatan sosial berkenaan berkongsi pencapaian terbaru mereka, iaitu kini mereka mempunyai sekitar 500 juta pengguna dari seluruh dunia.

LinkedIn

Menurut LinkedIn, penggunanya kini mempunyai akses kepada lebih 9 juta syarikat di laman sosial berkenaan, dan lebih daripada 100,000 artikel diterbitkan setiap minggu dalam usaha memudahkan pengguna memahami perkembangan semasa dalam industri dan pandangan daripada mereka yang dalam industri berkaitan.

Pencapaian separuh bilion pengguna berinteraksi pada laman sosial profesional berkenaan semestinya suatu perkara yang membanggakan, dan mungkin berbaloi untuk angka yang dibayar oleh Microsoft sebelum ini. Dengan pencapaian ini, semestinya angka seterusnya yang disasarkan oleh Microsoft adalah 1 bilion – selain lebih mengintegrasikan secara mendalam pelbagai penawaran perusahaan mereka antara laman sosial berkenaan dan juga kepada yang lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LinkedIn Yang Dimiliki Oleh Microsoft, Kini Mempunyai Lebih 500 Juta Pengguna"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info