Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ini Adalah Rekaan Awal Untuk Antaramuka Baru Pelayar Web Mozilla Firefox

Mozilla sebelum ini telah hadir dengan rekabentuk logo baru, dan selain daripada itu, mereka juga kini sedang dalam pembangunan rekaan baru untuk pelayar web popular mereka, Firefox. Buat masa ini, kod nama untuk rekaan baru ini dikenali dengan nama Firefox Photon.

Rekaan baru ini akan menawarkan produk yang kohesif dari segi rekaan, kandungan, animasi, ilustrasi dan sebagainya. Firefox 57 dijangka akan menawarkan rekaan baru ini, dan mungkin hadir kepada semua pengguna sekitar bulan November 2017 kelak.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat rekaan awal dan perbincangan. Namun, menariknya, beberapa rekaan prototaip awal telah diterbitkan – termasuk dari segi animasi, memperlihatkan apakah rekaan baru ini akan bawa.

Firefox Photon

Daripada perubahan yang diperlihatkan, ia membawakan rekaan yang lebih bersegi berbanding sebelumnya, selain ikon yang ditawarkan juga sedikit berbeza. Pada bar URL, sebuah ikon tiga titik kelihatan, dimana pengguna boleh menekan dan dibawakan kepada beberapa akses pantas. Mozilla juga akan mengintegrasikan Pocket yang dibeli baru-baru ini terus padanya kelak.

Firefox Photon

Disamping itu, Firefox juga dilihat membawakan perubahan pada rekaan halaman tips dan pemalam mereka, dimana kini ia kelihatan lebih mesra pengguna – terutamanya mereka yang tidak biasa mengakses halaman berkenaan.

Firefox Photon

Seperti diperkatakan pada awalnya, ia masih pada peringkat prototaip lagi buat masa ini, dan mungkin versi akhirnya adalah berbeza.

Bagi anda, daripada apa yang anda lihat ini, adakah anda menyukainya atau sebaliknya?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ini Adalah Rekaan Awal Untuk Antaramuka Baru Pelayar Web Mozilla Firefox"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info