Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iFlix Berkongsi Perancangan Untuk Menerbitkan Rancangan Tersendiri

iFlix sebelum ini telah berkongsi beberapa kali dengan Amanz mengatakan mereka akan menerbitkan rancangan mereka tersendiri eksklusif untuk platform mereka – lebih kurang sama seperti Netflix. Kini, setelah sekian lama, syarikat penstriman video tempatan berkenaan berkongsi beberapa perkembangan syarikat mereka dalam arena berkenaan.

Menurut iFlix, baru-baru ini mereka telah menandatangani perjanjian bersama pihak Skop Productions Group dan juga Viper Studios Sdn Bhd. Melalui kerjasama ini, sejumlah filem terbitan mereka akan hadir pada iFlix buat pertama kali, sekaligus membolehkan pengguna iFlix menontonnya terus melalui perkhidmatan tersebut di telefon pintar dan web. Disamping itu, pihak iFlix juga turut mendapat hak untuk menayangkan filem baru, KL Special Force pada platform iFlix, 20 hari selepas tayangan di pawagam. Perkara ini semestinya mengembirakan ramai peminat filem tempatan, dan membolehkan mereka menonton filem berkenaan dengan tempoh pantas di iFlix selepas tempoh tayangan di pawagam tamat.

Pada masa yang sama, iFlix juga turut bekerjasama dengan Skop untuk menerbitkan siri rancangan eksklusif untuk platform berkenaan – dimana bakal diumumkan tidak lama lagi.

iFlix juga turut mengumumkan mereka akan menerbitkan rancangan komedi dinamakan “Oi Jaga Mulut” tidak lama lagi, yang mana dihoskan oleh Haniff Hamzah.

Mengambil kesempatan juga, iFlix turut mengatakan mereka telah bekerjasama dengan Screenplay Productions untuk drama khusus mereka yang dinamakan Magic Hour – yang bakal turut diterbitkan tidak lama lagi.

Nampaknya, dengan strategi baru ini, mungkin iFlix boleh lebih mencuri pelanggan baru, selain mendapatkan kelebihan tersendiri berbanding dengan platform lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iFlix Berkongsi Perancangan Untuk Menerbitkan Rancangan Tersendiri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info