Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei MediaPad M3 Menerima Kemaskini EMUI 5.0 – Dapatkan Aksesori Premium Bernilai RM 500

Pada akhir tahun lalu Huawei telahpun melancarkan pesaing tablet mereka iaitu Huawei MediaPad M3. Tablet ini yang pada asalnya beroperasi menggunakan EMUI 4.0 kini boleh dikemaskini kepada EMUI 5.0 Beta. Kemaskini rasmi ke EMUI 5.0 dijadualkan tiba pada bulan April akan membawakan lebih banyak fungsi berbanding versi terdahulu.

Secara kasarnya menerusi EMUI 5.0 Beta, pengguna dijanjikan dengan kelancaran peranti menjalankan aplikasi tanpa sebarang lengah masa. Malah ia akan menganalisa corak penggunaan, dan mengoptimasikan penggunaan bateri dan pemprosesan. Dengan optimasi sistem sebegini yang berlaku secara masa-nyata, bukan sahaja peranti dapat bertahan lebih lama, malah Huawei turut menjamin yang prestasinya tidak akan berkurang walaupun telah digunakan melebihi 18 bulan.

Secara kasarnya, boleh disimpulkan kebaikan EMUI 5.0 Beta adalah seperti jadual di bawah.

Kebolehan Baru dalam EMUI
EMUI 5.0 Fungsi Baru Keterangan
Paparan Antaramuka Melancarkan Aplikasi dalam 3 langkah Menjimatkan masa dan mempercepat proses melancarkan aplikasi
Kelancaran CPU 20% lebih laju Seolah-olah memperoleh peranti baru
App Twin Menyokong 2 akaun Facebook & Whatsapp Memudahkan kendalian akaun berbeza, untuk peribadi dan syarikat
Paparan Home Screen Dua pilihan, secara ‘Home’ atau secara ‘App Drawer’ Pengguna bebas memilih mengikut keselesaan pengguna
Huawei Share Penghantaran data lebih pantas dari Bluetooth 100 kali lebih pantas dari Bluetooth, menjimatkan masa.

Dari jadual di atas, meskipun Huawei MediaPad M3 dilancarkan akhir tahun lalu, komitmen Huawei dalam menyediakan kemaskini terkini untuk peranti harus dipuji. Dengan cip pemproses HiSilicon Kirin 950 yang berkuasa dan versi perisian terkini, tablet ini pasti akan berfungsi dengan baik sekaligus dapat diandalkan oleh pemilik.

Terdapat juga kebolehan Apps Twin yang membolehkan anda mengasingkan akaun-akaun untuk kegunaan peribadi atau untuk kegunaan syarikat, sebagai contoh mengendalikan Whatsapp untuk dua talian berbeza. Satu lagi kebolehan adalah Huawei Share, yang membolehkan pengguna berkongsi fail dengan pantas dan mudah dan 100 kali lebih pantas dari penghantaran menerusi Bluetooth.

Jika anda masih tidak mengenali tablet ini, Huawei MediaPad M3 merupakan tablet bersaiz 8.4-inci dengan fokus terhadap multimedia dan produktiviti. Dari segi fungsi yang menekankan penggunaan multimedia, ia mempunyai pembesar suara stereo dengan teknologi Harman Kardon, paparan skrin 2K dan juga kapasiti bateri sebesar 5,100 mAh membolehkan pengguna menggunakan tablet ini untuk satu tempoh yang lama.

Dengan pelbagai kebolehan dan ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh Huawei MediaPad M3, memang tidak mustahil anda tidak memerlukan iPad sekiranya sedang berkira-kira untuk mencari tablet kegunaan harian.

Baca: 5 Sebab Kenapa Anda Boleh Lupakan iPad Mini dan Memilih Huawei MediaPad M3

Beli Huawei MediaPad M3 dan Dapatkan Aksesori Premium Bernilai RM 500

Untuk tempoh terhad ini, Huawei Malaysia akan memberikan aksesori premium untuk setiap pembelian Huawei MediaPad M3. Sehingga tarikh 23 April, pengguna akan memperoleh

  • 1x Premium Hi-Fi Bluetooth earphone
  • 1x Premium Leather Smart Cover
  • 1x Kain Pembersih dan 1x Pelindung Cermin

Selain dari aksesori ini yang ditawarkan ini, pembeli Huawei MediaPad M3 akan diberikan khidmat selepas jualan yang berbaloi. Pembeli boleh melakukan penukaran satu-ke-satu untuk tempoh 12 bulan, perkhidmatan penghantaran percuma, perkhidmatan pembersihan peranti dalam tempoh 12 bulan dan khidmat sokongan dari Isnin hingga Ahad.

Beli: Huawei MediaPad M3

Penafian: Advertorial dari Huawei Malaysia



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei MediaPad M3 Menerima Kemaskini EMUI 5.0 – Dapatkan Aksesori Premium Bernilai RM 500"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info