Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Menguji “News Feed” Kedua Untuk Memudahkan Penemuan Kandungan

Facebook sedia popular dengan penawaran News Feed, iaitu laman utama perkhidmatan sosial berkenaan yang memperlihatkan pelbagai kemaskini daripada rakan-rakan ataupun Facebook Pages yang diikuti. Kini, gergasi sosial berkenaan turut sedang menguji sebuah lagi halaman khusus yang dilihat seperti News Feed kedua.

Berbeza dengan yang utama, melalui yang kedua ini Facebook ingin memudahkan penemuan kandungan baru daripada Facebook Pages dan sebagainya dengan lebih mudah. Ia juga dilihat memaparkan kandungan mengikut apa yang digemari oleh seseorang.

Buat masa ini, fungsi ini sekadar ujian sahaja, dan Facebook dilihat ingin mengumpulkan maklumbalas dan penerimaan pengguna terlebih dahulu. Sekiranya semuanya berjalan lancar, tidak mustahil fungsi ini diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Menguji “News Feed” Kedua Untuk Memudahkan Penemuan Kandungan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info