Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Elon Musk Berkongsi Rekaan Lori Elektrik Yang Sedang Dibangunkan Tesla

Rancangan Tesla untuk menghasilkan lori berkuasa elektrik sepenuhnya diumumkan tahun lalu. Selepas menempah kejayaan di dalam dunia kereta, solar dan aeroangkasa, Elon Musk cuba membawakan perubahan pada industri pengangkutan berat. Ketika bercakap di dalam sesi TED Talk semalam, beliau sempat berkongsi gambar teaser lori elektrik yang dijangka dilancarkan September hadapan.

Rekaan masih lagi samar tetapi memberikan petunjuk ialah sebuah lori treler yang digunakan untuk mengangkut kargo di Amerika Syarikat. Elon juga mendakwa beliau telah memandu trak ini dan ia berfungsi seperti sebuah kereta berprestasi tinggi.

Pelancaran lori elektrik Tesla ini dijangka akan memberikan impak yang besar kepada alam sekitar dan juga pemandu lori. Lori diesel adalah antara sumber pencemaran udara terbesar. Sistem pemanduan automatik Tesla pula akan menyebabkan pemandu lori kehilangan kerja di masa hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Elon Musk Berkongsi Rekaan Lori Elektrik Yang Sedang Dibangunkan Tesla"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info