Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Amazon Akan Menghapuskan Inventori Penjual Produk Yang Membenarkan Kandungan Cetak Rompak

Mendapatkan kandungan cetak rompak adalah amat mudah sekarang. Pada peranti pintar terdapat pelbagai aplikasi yang membolehkan penstriman filem dan siri TV secara haram. Bagi yang lebih gemar menonton di ruang tamu, wujud set kotak-televisyen digunakan bersama dengan perisian Kodi untuk tujuan yang sama.

Amazon, stor atas talian terbesar di dunia mengumumkan polisi baru yang akan menghalang jualan set kotak-televisyen yang memudahkan pengguna menonton kandungan cetak rompak. Arahan terbaru memberikan amaran kepada penjual supaya tidak mengiklankan set kotak-televisyen dengan perisian mesra cetak rompak terpasang. Malahan mengiklankan bahawa set kotak-televisyen mampu diubahsuai untuk menonton kandungan cetak rompak turut diharamkan.

Penjual yang didapati melanggar arahan terbaru ini akan diharamkan dari menggunakan platform Amazon. Kesemua inventori mereka yang tersimpan di gudang-gudang Amazon akan dilupuskan tanpa sebarang ganti rugi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Amazon Akan Menghapuskan Inventori Penjual Produk Yang Membenarkan Kandungan Cetak Rompak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info