Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Airbnb Kini Menyasarkan Pengguna Perusahaan Dan Perniagaan Melalui Penawaran Baru

Sejak diperkenalkan pada tahun 2008 yang lepas, Airbnb sering memasarkan perkhidmatan mereka untuk mereka yang mengembara dan bercuti ke kawasan baru, dan sedang melihat kepada penginapan yang murah dan unik. Minggu hadapan, Airbnb dilihat akan membuat sedikit perubahan.

Airbnb merancang untuk memperkenalkan sebuah fungsi carian khusus untuk mereka yang mencari penginapan ketika ke luar negara atau bandar dalam urusan perniagaan. Fungsi ini akan membolehkan tapisan dilakukan, dan hanya memaparkan hasil carian untuk lokasi Airbnb yang menepati ciri Business Travel Ready. Untuk mendapatkan penyenaraian dibawah BTR, Airbnb menetapkan rumah atau bilik berkenaan perlu mempunyai meja, WiFi, daftar masuk melalui penjaga atau secara kunci digital – lebih kurang seperti hotel, termasuk sabun percuma dan sebagainya.

Menurut Airbnb, 90% pelanggan mereka pada hari ini adalah yang pergi bercuti. Syarikat berkenaan kini turut melihat kepada peluang besar, iaitu ruangan penginapan untuk mereka yang ke luar disebabkan urusan perniagaan – salah satu pasaran besar yang masih di dominasi oleh hotel.

Angka pengguna yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk urusan kerja dilihat meningkat dari hari ke hari, dan kini Airbnb sendiri dilihat ingin memfokuskan dan memberikan keselesaan kepada pengguna.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Airbnb Kini Menyasarkan Pengguna Perusahaan Dan Perniagaan Melalui Penawaran Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info