Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Predator X27 Merupakan Monitor 4K Dengan G-Sync HDR Dan Teknologi Quantum Dot

Tidak lengkap pengumuman peranti baru Acer tanpa memperkenalkan monitor baru memfokuskan permainan dan multimedia. Diperkenalkan hari ini adalah sebuah monitor bersaiz 27-inci dibawah keluarga Predator, iaitu Acer Predator X27.

Acer Predator X27

Ia menggunakan panel berasaskan teknologi Quantum Dot, sekaligus menawarkan paparan yang sangat cantik melaluinya. Disamping itu, melengkapkan monitor ini adalah kebolehan memainkan permainan pada resolusi 4K dan kadar segar semula 144Hz. Acer juga turut mengintegrasikan sokongan G-Sync HDR pada monitor ini untuk ciri paparan yang lebih berkualiti melaluinya.

Acer turut mengintegrasikan teknologi pemantauan gerakkan mata Tobii pada monitor ini, sekaligus membolehkan pengguna mengawal permainan melalui gerakan mata.

Seperti biasa, informasi mengenai harga dan tarikh jualan masih tidak diketahui buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Predator X27 Merupakan Monitor 4K Dengan G-Sync HDR Dan Teknologi Quantum Dot"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info