Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Vertu, Pengeluar Telefon Mewah Dijual Kepada Ahli Perniagaan Dari Turki

Vertu merupakan salah satu jenama popular untuk peranti mewah yang telah dimulakan oleh Nokia. Kemudian, ia telah dijual kepada kepada sebuah syarikat ekuiti persendirian pada 2012, dan seterusnya dijual lagi sekali kepada sebuah firma dari Hong Kong pada 2015 yang lepas. Kini, hari ini ia dilaporkan Vertu telah dijual kepada pemilik baru, iaitu seorang ahli perniagaan dari Turki, Hakan Uzan.

Uzan Group sendiri sebelum antara kumpulan syarikat yang terbesar di Turki, tetapi mengalami pelbagai masalah termasuk pelbagai syarikatnya telah diambil-alih oleh kerajaan, dan Hakan Uzan sendiri dibuang daripada negara berkenaan sejak 2009 lepas.

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah Vertu akan terus berkembang selepas ini. Walaubagaimanapun, ia dilaporkan yang mana pengambil-alih terbaru ini akan terus melakukan pelbagai pelaburan dalam meneruskan legasi Vertu. Peranti mewah yang sering dipasarkan oleh Vertu ini mempunyai peminat dan pasarannya tersendiri sehingga ke hari ini.

Ia dikatakan Vertu telah diambil-alih oleh pemilik barunya ini pada harga mencapai £50 juta (~RM271 juta).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Vertu, Pengeluar Telefon Mewah Dijual Kepada Ahli Perniagaan Dari Turki"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info