Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Star Citizen Mungkin Hanya Akan Menyokong API Grafik Vulkan Sahaja

Star Citizen, sebuah permainan video penerokaan angkasa lepas hasil penerbitan Cloud Imperium Games merupakan permainan yang menerima wang terbanyak di platform crowdfunding Kickstarter sehingga kini. Mereka yang kenal dengan tajuk permainan video ini pastinya tahu bahawa permainan video ini, walaupun masih berada di fasa ujian beta, telah melakukan pelbagai pertukaran, termasuklah mod permainan, sehinggalah pertukaran enjin grafik.

Terkini, Cloud Imperium Games telah mengumumkan bahawa Star Citizen hanya akan menyokong API grafik Vulkan sahaja. Menurut Alistair Brown, Pengarah Pengaturcaraan Grafik Cloud Imperium Games, keputusan menggunakan API Vulkan sahaja diambil kerana API tersebut disokong lebih meluas oleh sistem-sistem operasi yang terbesar sekarang, termasuklah Windows 7, 8, 10 dan juga Linux.

Kenyataan terbaru ini agak mengejutkan kerana setahun lalu, Chris Roberts, presiden Cloud Imperium Games menyatakan bahawa permainan video tersebut akan menyokong kedua-dua API DirectX12 dan juga Vulkan. Beliau juga berkata bahawa ini tidak bermaksud syarikat tersebut tidak akan memberi sokongan untuk DirectX12, kerana mereka akan mempertimbangkan penggunaan API Microsoft tersebut jika ia didapati akan memberi lebih kebaikkanberbanding Vulkan.

Buat masa ini, tarikh pelancaran permainan video Star Citizen ini masih belum diketahui lagi, walaupun ianya telah dibiayai oleh orang ramai di Kickstarter untuk jumlah yang melangkaui USD$2.0 juta pada tahun 2012 lepas. Kini, melalui laman web Roberts Space Industries, jumlah keseluruhan biayaan orang ramai dikatakan sebanyak USD$115 juta.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Star Citizen Mungkin Hanya Akan Menyokong API Grafik Vulkan Sahaja"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info