Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Seperti Galaxy S7, Galaxy S8 Menggunakan Sensor Kamera Keluaran Samsung Atau Sony

Tahun lalu kamera utama 12-Megapixel yang digunakan pada Galaxy S7 dihasilkan oleh Sony dan juga oleh Samsung sendiri. Penggunaan dua pengilang berbeza ini adalah bagi memastikan stok komponen untuk menghasilkan peranti adalah mencukupi.

Samsung Galaxy S8Seperti tahun lalu tahun ini Samsung sekali lagi menggunakan dua sensor berbeza untuk S8. Peranti mungkin dilengkapi sensor Sony IMX333 atau Samsung S5K2L2 ISOCELL untuk kamera utama. Ini berbeza dengan Sony IMX260 atau Samsung ISOCELL S5K2L1 yang digunakan tahun lalu. Penggunaan sensor dengan kod berbeza ini mengesahkan S8 tidak sekadar mengitar semula kamera S7.

Kamera hadapan pada S8 pula menggunakan sensor Sony IMX320 dan Samsung LSI (S5K3H1). Tahun ini kamera hadapan dilengkapi sistem auto fokus untuk pemfokusan lebih jitu. Walaupun menggunakan empat sensor berbeza, kualiti gambar yang diambil adalah setara.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Seperti Galaxy S7, Galaxy S8 Menggunakan Sensor Kamera Keluaran Samsung Atau Sony"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info