Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy S8 Kini Rasmi – Rekaan Baru Yang Lebih Elegan, Butang Navigasi Atas Skrin

Setiap tahun, salah satu peranti yang sering dinantikan ramai adalah peranti siri Galaxy S daripada Samsung. Hari ini, pengeluar terkemuka dari Korea Selatan berkenaan telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka dibawah siri berkenaan, iaitu Galaxy S8.

Dua variasi diperkenalkan dibawah siri Galaxy S8, iaitu Galaxy S8 dan juga Galaxy S8+. Kedua-duanya menawarkan ciri-ciri lebih kurang sama dengan perbezaan hanya pada saiz skrin dan bateri. Kedua-duanya menggunakan rekaan telefon pintar dengan bingkai peranti yang sangat nipis – dimana Samsung mengatakan telefon berkenaan hadir dengan nisbah 80% skrin ke badan.

Samsung Galaxy S8

Samsung Galaxy S8 hadir dengan skrin 5.8-inci pada resolusi Quad HD (2960×1440 pixel), sementara Galaxy S8+ pula menggunakan skrin 6.2-inci pada resolusi sama. Selain itu, versi Galaxy S8 hadir dengan bateri berkapasiti 3000mAh, sementara Galaxy S8+ pula menggunakan bateri berkapasiti 3500mAh.

Kedua-duanya menggunakan skrin yang melengkung sedikit pada kiri dan kanan, serta integrasi fungsi Edge Screen – namun Samsung tidak lagi menggunakan penjenamaan “Edge” seperti sebelumnya, sekaligus menjadikan penjenamaan peranti lebih ringkas dan mudah lagi.

Samsung Galaxy S8

Kedua-dua peranti ini dilengkapi cip pemprosesan lapan-teras berasaskan rekaan 10nm, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB UFS 2.1.

Melengkapkannya, untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel F/1.7 dengan teknologi Dual Pixel, selain kamera hadapan 8-megapixel F/1.7.

Samsung Galaxy S8

Samsung menjana peranti ini dengan Android 7.0 serta antaramuka baru yang lebih kemas berbanding sebelumnya. Ciri-ciri seperti sokongan pengecasan pantas dan pengecasan tanpa wayar turut disertakan pada telefon pintar ini. Galaxy S8 dan Galaxy S8+ – masing-masing menggunakan port berasaskan USB-C untuk pengecasan, selain turut hadir dengan bicu audio 3.5mm.

Ciri lain yang turut disertakan adalah sokongan pengimbas cap jari, kalis air, dan NFC. Samsung turut menggunakan pengimbas mata untuk memudahkan anda mengakses peranti serta menambah sekuriti peranti ini. Samsung juga menyertakan sokongan pembantu maya dinamakan Bixby pada telefon pintar ini – serta menggunakan sebuah butang khas pada bahagian kiri peranti untuk mengaksesnya dengan pantas.

Telefon pintar ini dijangka akan dipasarkan tidak lama lagi di Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy S8 Kini Rasmi – Rekaan Baru Yang Lebih Elegan, Butang Navigasi Atas Skrin"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info