Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Plus Memulakan Kutipan Tol Secara Elektronik Sepenuhnya 26 April Ini

Menggunakan jalan raya bertol adalah lumrah bagi penduduk di ibukota Kuala Lumpur. Bagi mempercepatkan perjalanan sedikit wang perlu dibayar bagi mengelakkan kesesakan lalu lintar. Apabila pulang ke kampung, pengguna perlu membayar untuk menggunakan lebuhraya yang diuruskan oleh PLUS Malaysia Berhad.

Syarikat ini mengumumkan mereka akan menggunakan sistem kutipan tol secara elektronik seterusnya bermula 26 April hadapan. Ini melibatkan kesemua 71 plaza tol yang dikendalikan oleh mereka. Sistem pembayaran yang disokong ialah Touch’n Go, SmartTag dan PLUSMiles. Pengguna dinasihatkan supaya membeli kad Touch’n Go atau PLUSMiles di pusat khidmat pelanggan Plus yang terdekat bagi mengelakkan sebarang masalah apabila operasi bermula kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Plus Memulakan Kutipan Tol Secara Elektronik Sepenuhnya 26 April Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info