Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Kini Memudahkan Anda Memindahkan Fail Dari Mac Ke Surface

Microsoft dan Apple sering bersaing dalam arena perkomputeran, dan menyediakan pelbagai kempen untuk menarik pengguna ke platform antara satu sama lain.

Terkini, Microsoft dilihat hadir dengan sebuah perisian baru khusus untuk pengguna Mac, yang mana dinamakan sebagai Surface Migration Assistant. Menggunakannya, seperti pada namanya, ia membolehkan pengguna bersedia berpindah ke komputer Surface dengan memindahkan pelbagai fail mereka dari Mac ke Surface.

Surface Migration Assistant

Fail yang dipindahkan akan disediakan dalam bentuk *zip, dan memudahkan anda membawanya ke komputer baru anda.

Buat masa ini, Microsoft masih belum mengumumkannya secara rasmi. Tetapi, anda sudah boleh memuat-turunnya dan menggunakannya dalam urusan memindahkan fail dari Mac ke Surface baru anda.

Muat-Turun Microsoft Surface Migration Assistant untuk Mac



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Kini Memudahkan Anda Memindahkan Fail Dari Mac Ke Surface"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info