Kaspersky Labs merupakan sebuah syarikat antivirus dan keselamatan digital yang terkenal di Malaysia. Perisian keselamatan mereka merangkumi komputer dan peranti pintar, dan mereka senantiasa mengemaskini perisian mereka untuk memastikan peranti pengguna mereka sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.
Terkini, Kaspersky baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan siri minyak wangi yang diberikan nama Threat de Toilette, hasil usaha-sama dengan Scarlett London, seorang blogger fesyen dan gaya hidup yang popular.
Kaspersky berkata syarikat tersebut mengeluarkan produk minyak wangi ini untuk mengetengahkan kepentingan orang ramai berbicara tentang bahaya yang dibawa oleh ancaman anasir-anasir digital. Mereka berharap bahawa bau-bauan minyak wangi ini akan mengingatkan pengguna akan bahaya-bahaya di atas talian.
Malah, nama-nama aroma yang berbeza yang akan diperkenalkan pada siri Threat de Toilette ini diilhamkan oleh ancaman-ancaman atas talian yang berbeza, termasuklah Social Enginoir, Phish dan Malware.
Buat masa ini, nampaknya jenama minyak wangi Threat de Toilette ini hanya berada di pasaran United Kingdom sahaja. Kami masih tidak tahu sama ada Kaspersky Malaysia akan membawanya ke sini sebagai sebahagian daripada perisian keselamatan mereka. Mungkin mereka boleh mempertimbangkan membawanya masuk sebagai sample sewaktu PC Fair dan acara-acara yang sewaktunya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kaspersky Memperkenalkan Jenama Minyak Wangi Threat de Toilette"