Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Intel Membeli Firma Teknologi Autonomi, MobileEye Pada Nilai Mencapai RM66 Bilion

Intel sebelum ini sedia bekerjasama dengan pihak Mobileye dalam pembangunan teknologi kenderaan pandu sendiri atau autonomi. Kini, Intel akan mengambil-alih syarikat berkenaan ada nilai mencapai $15 bilion (~RM66 bilion).

Arena teknologi kenderaan pandu sendiri boleh dikatakan mencuri perhatian ramai sejak kebelakangan ini, dengan pelbagai syarikat melabur ke arena berkenaan. Intel, MobilEye dan BMW sebelum ini pernah mengumumkan kerjasama untuk teknologi berkenaan dan menyasarkan untuk memasarkannya dalam beberapa tahun.

Intel sebelum ini sangat terkenal dengan penawaran cip untuk komputer mereka, namun sedikit lambat dalam persaingan peranti mudah-alih membuatkan mereka tewas dengan syarikat seperti Qualcomm dan MediaTek. Walaubagaimanapun, Intel dilihat tidak ingin ketinggalan dalam arena perkomputeran lain.

Akhir-akhir ini, Intel lebih memfokuskan kepada arena peranti berhubung (IoT), rangkaian 5G, realiti-maya, dan kini kita akan melihat lebih fokus mereka kepada arena teknologi autonomi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Intel Membeli Firma Teknologi Autonomi, MobileEye Pada Nilai Mencapai RM66 Bilion"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info