Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ini Adalah Antara Lawak Kreatif April Fool Daripada Syarikat Teknologi Untuk 2017

Tarikh 1 April sering dikaitkan dengan hari April Fool – dimana pelbagai syarikat teknologi sering hadir dengan lawak jenaka kreatif masing-masing pada hari ini. Sejak daripada awal pagi tadi, beberapa lawak kreatif telah hadir, dan melalui artikel ini kami mengumpulkan kesemuanya untuk rujukan anda.

Samsung Exynos Yoga – Cip Untuk Peranti Fleksibel

Samsung Exynos Yoga

Samsung sedia terkenal dengan penawaran cip pemprosesan dibawah nama Exynos. Pelbagai peranti keluaran Samsung menggunakannya, selain turut digunakan oleh Meizu pada produk mereka. Kini, dengan beberapa konsep peranti fleksibel di pasaran, Samsung bersempena dengan 1 April ini mengumumkan cip pemprosesan berbentuk fleksibel mereka, dinamakan Exynos Yoga.

Acer Predator Zero – Komputer Riba Tanpa Sebarang Port

Acer Predator Zero

Pada hari ini, port pada komputer riba adalah suatu perkara yang penting untuk menghubungkan aksesori seperti tetikus, pengecas, pemacu USB, kabel LAN, dan sebagainya. Untuk jenaka April Fool daripada Acer, mereka hadir dengan konsep Predator Zero yang mana merupakan komputer riba tanpa sebarang port. Walaupun ia kelihatan sebagai suatu jenaka pada hari ini, perkara ini tidak mustahil pada suatu hari nanti.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ini Adalah Antara Lawak Kreatif April Fool Daripada Syarikat Teknologi Untuk 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info