Huawei Malaysia hari ini telah melancarkan siri telefon pintar Huawei P10, dan bersama-sama dengannya, mereka turut telah mengumumkan pengenalan Huawei Watch 2 berasaskan kepada Android Wear 2.0.
Jam tangan pintar yang diperkenalkan kali ini lebih ditujukan kepada mereka yang ingin memfokuskan kepada kesihatan melalui pemantauan pelbagai data melaluinya.
Berkongsi mengenainya, pihak Huawei Malaysia mengatakan mereka dalam perancangan untuk membawa ia ke pasaran tempatan. Masih tiada tarikh dan harga untuknya buat masa ini.
Ia dikatakan mereka sedang berbincang bersama beberapa syarikat telekomunikasi dalam menawarkan jam tangan pintar berkenaan – memandangkan kali ini ia menawarkan sokongan selular.
Sekiranya semuanya berjalan lancar, kita mungkin akan melihat penawaran jam tangan pintar Android Wear 2.0 ini di Malaysia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Watch 2 Dalam Perancangan Untuk Dibawa Ke Pasaran Malaysia"