Google pada tahun lepas telah memperkenalkan dua aplikasi permesejan dan panggilan video memfokuskan pengguna – dinamakan Allo dan Duo. Ketika pengenalannya, hadir desas-desus yang mana Google akan mengemaskini Hangouts dengan fokus terhadap perusahaan tidak lama lagi.
Hari ini, perkara berkenaan disahkan oleh Google, dimana mereka memperkenalkan kemaskini untuk Hangouts dan memecahkan ia kepada dua – iaitu Hangouts Chat dan Hangouts Meet.
Hangouts Chat merupakan sebuah perkhidmatan komunikasi berbentuk permesejan yang memfokuskan kepada pasukan dalam sesuatu perusahaan – lebih kurang seperti Slack dan Microsoft Teams. Pengguna boleh bersembang, berkongsi dokumen, dan turut mengintegrasikan penggunaan bot.
Hangouts Meet pula adalah aplikasi panggilan video berkumpulan yang memudahkan anda membuat panggilan dengan sesiapa tanpa masalah.
Seperti biasa, dalam memudahkan perusahaan menggunakannya secara meluas, pihak Google menawarkan ia bersama Google G Suite – serta mengintegrasikan ia pada pelbagai perkhidmatan mereka, termasuk Calendar, Drive dan Google Docs.
Buat masa ini, Hangouts Meet telah mula ditawarkan kepada semua pelanggan G Suite, sementara Hangouts Chat pula kini ditawarkan dalam bentuk percubaan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Mengemaskini Hangouts Dengan Fokus Terhadap Perusahaan – Dan Turut Saingi Slack"