Facebook sedia menyokong perkongsian gambar dan video dalam rakaman 360-darjah dan dioptimasikan untuk realiti-maya. Kini, dalam usaha mengalakkan lagi kandungan seumpamanya, Facebook telah hadir dengan sebuah aplikasi khusus yang dinamakan sebagai Facebook 360.
Facebook mengatakan melalui aplikasi Facebook 360 ini, ia akan memudahkan lagi pengguna menikmati kandungan seperti video dan gambar dalam bentuk realiti-maya dengan mudah. Facebook mengatakan sehingga kini, lebih 1 juta video 360 telah dikongsikan pada platform mereka – dan memperlihatkan peningkatan dari hari ke hari.
Aplikasi ini dikhususkan untuk pengguna Gear VR sahaja buat masa ini. Seperti ramai sedia maklum, Samsung Gear VR menggunakan teknologi daripada Oculus – yang dimiliki oleh Facebook, maka ia bukan sesuatu yang asing untuk Facebook memperkenalkan aplikasi khusus untuk platform berkenaan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Memperkenalkan Aplikasi Facebook 360 Untuk Pengguna Samsung Gear VR"