Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Eye-Trunk – Kerangka iPhone 7 Dihasilkan Oleh Louis Vuitton Dengan Harga Mencecah RM 24000

Kerangka peranti adalah aksesori peranti yang perlu sekiranya anda mahu memastikan peranti tidak akan mudah rosak. Di kalangan pengguna iPhone ia dibeli bagi memastikan peranti akan kelihatan seperti baru apabila ianya dijual bagi mengumpul dana pembelian model terbaru. Harga jualan kerangka tahan lasak bermula sekitar RM 90.

Tetapi sekiranya anda dari golongan berada, Louis Vuitton menghasilkan kerangka mewah yang mencecah harga RM 24000. Kerangka Eye-Trunk keluaran LV ini mengambil rekaan kotak pakaian mewah yang dihasilkan mereka sejak 1858. Terdapat empat model Eye-Trunk dihasilkan untuk iPhone 7 dan 7 Plus, Harga jualan adalah di antara  $1180 – $5500 (~RM 5262- RM 24527) sebuah. Perbezaan harga diantara model terletak pada rekaan dan jenis kulit yang digunakan. Bagi pengguna iPhone yang terdiri dari golongan elit, ini ialah kerangka yang paling sesuai untuk mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Eye-Trunk – Kerangka iPhone 7 Dihasilkan Oleh Louis Vuitton Dengan Harga Mencecah RM 24000"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info