Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ASUS Mengumumkan Kad Grafik GTX 1080 dan 1060 Dengan Memori Lebih Pantas

Tidak lama dahulu, NVIDIA telah mengumumkan bahawa mereka akan memberi kad grafik GTX 1080 dan GTX 1060 modul memori baru yang lebih pantas untuk rakan pembuat komponen-komponen mereka.

Terkini, ASUS baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kad grafik NVIDIA GTX 1080 dan juga 1060 dengan memori yang lebih pantas ini.

Model-model ini termasuklah ASUS GTX 1080 STRIX OC dan juga ASUS GTX 1060 STRIX OC. Sebelum ini, kad grafik GTX 1080 STRIX OC mempunyai memori GDDR5X dengan kelajuan 10Gbps, manakala kad GTX 1060 STRIX OC mempunyai memori GDDR5 dengan kelajuan 8Gbps.

Dengan memori baru ini, kelajuan memori kad-kad tersebut meningkat kepada 11Gbps untuk GTX 1080 STRIX OC dan 9Gbps untuk kad grafik GTX 1060 STRIX OC.

Dengan memori berkelajuan 11Gbps, GTX 1080 STRIX OC mempunyai bandwidth memori sebanyak 352GB/s, manakala GTX 1060 STRIX OC mempunyai bandwidth memori sebanyak 215GB/s.

Dalam pada itu, kad grafik ASUS GTX 1080 STRIX OC dengan memori baru ini juga akan menggunakan penyejuk GPU “Max Contact” yang diperkenalkan pada model ASUS GTX 1080 Ti STRIX OC. Buat masa ini, ASUS masih belum mendedahkan harga kad-kad yang baru ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ASUS Mengumumkan Kad Grafik GTX 1080 dan 1060 Dengan Memori Lebih Pantas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info