Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Memperkenalkan iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Dalam Warna Merah

Apple hari ini telah memperkenalkan iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus dalam edisi khusus, iaitu RED. Apple sedia menawarkan produk dibawah RED sejak beberapa tahun lepas, dimana sebahagian daripada nilai pembelian akan diderma kepada badan terpilih.

Apple iPhone 7 RED

Kedua-dua peranti ini mengekalkan pelbagai spesifikasi yang lebih kurang sama, termasuk sokongan kalis percikkan air, penggunaan dwi-kamera pada iPhone 7 Plus, dan juga penggunaan cip pemprosesan terkini serta iOS 10 untuk menguasakannya.

Versi RED untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus ini hanya ditawarkan dalam pilihan storan 128GB dan 256GB sahaja. Harga jualannya masih kekal seperti iPhone 7 sedia ada, iaitu bermula RM3699 untuk iPhone 7, dan bermula RM4299 untuk iPhone 7 Plus.

Bagi anda yang berminat, boleh semak laman Apple Store Malaysia hari ini, dan melakukan tempahan melaluinya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Memperkenalkan iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Dalam Warna Merah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info