Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Pascabayar Celcom Kini Turut Ditawarkan Untuk Pengguna iPhone

Celcom sebelum ini telah pun menawarkan aplikasi pascabayar mereka untuk pengguna peranti Android, dan kini akhirnya telah mula menawarkan aplikasi yang lebih kurang sama untuk pengguna iPhone.

Dinamakan sebagai MyCelcom Postpaid, aplikasi ini membolehkan anda menyemak baki akaun, menguruskan penggunaan, melihat panggilan dan penggunaan data internet, serta membuat pembayaran dan membeli penambahan perkhidmatan melaluinya. Pengguna juga turut boleh mengikuti pelbagai kemaskini promosi daripada Celcom melalui aplikasi ini.

Celcom Postpaid

Bagi anda yang menggunakan talian Celcom dan menggunakan telefon iPhone, mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini dan menggunakannya dalam menguruskan akaun telekomunikasi anda.

Muat-Turun MyCelcom Postpaid Untuk iPhone

Tips daripada Wan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Pascabayar Celcom Kini Turut Ditawarkan Untuk Pengguna iPhone"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info